Sunday 7 July 2013

Kanang, Perajuit Malaysia Jati* (ATDK)

Kanang Anak Langau,
jiwamu memang jiwa Malaysia
sebati dalam darahmu
yang mengalir.

Kau,
adalah anak kelahiran
Perang Dunia Kedua
ketika negaramu sebelum merdeka.

Di bumi pertiwi ini
kau melangkah menyempurnakan
impian itu. Kemerdekaan bangsa,
kemerdekaan tanah airmu.

Jiwamu adalah perajuit
yang siap siaga
mengempur musuh
ketika negara teruji
dalam ribut konfrontasi
dan keganasan Komunis.

Dalam tubuhmu
mengalir darah iban
dan sukmamu adalah
anak Malaysia jati.

Kota Kinabalu
7 Julai 2013

**Antologi Titisan Darah Kanang terbit oleh DBP KL. 2015

No comments:

Post a Comment