Sunday 7 July 2013

Kanang, Namamu Tak Akan Hilang*(ATDK)

Kanang Anak Langau
setiap gerak dan langkahmu
adalah bayangan sejarah
dan keberanianmu sebagai
anak bangsa telah teruji
bukan sekali di tanah pribumi ini.

Kelahiranmu, anak Sarawak
keringatmu mencucuri setiap
lembah belantara ini. Di langit
telah tercatat anak watan
tak pernah menyerah.

Darahmu menitis
membasahi tanah liat
tanah ibunda. Ketika kau
mengharung musuh
kau tertembak, darah
mencuat keluar, tapi
semangat keperajuitmu
tak pernah kendur dan
mengalah.

Kau sangat perasa
dan jiwamu tak akan
tenteram kepada sesiapa
yang ingin memusnahkan
negara yang tercinta ini.

Kanang Anak Langau
aku mengenangmu
kau adalah perajuit
bangsa, semangatmu
adalah gunung Kinabalu
dan namamu tak akan
hilang ingatan anak bangsa.

Kota Kinabalu
7 Julai 2013

*Antologi Titisan Darah Kanang terbit oleh DBP KL. 2015

No comments:

Post a Comment