Sunday 7 July 2013

Kanang, Pahlawan Bangsa (ATDK)

Di tanah pribumi ini
kau lahir sebagai anak bangsa
yang merdeka dan tumbuh
membesar meraih kemenangan
diri.

Kau boleh saja memulai
perjuangan ini seperti berdiri
di tepi pantai pasir putih atau
tanah liat di kaki gunung dan
akhirnya dengan tekun tanpa
lelah kau mendaki sampai
ke puncak gunung.

Kau boleh menjadi wira
atau pahlawan seperti
Kanang Anak Langau,
lambang anak bangsa
dalam negara merdeka
Malaysia.

Di bumi tercinta ini
kau boleh mendengar
suara hatimu dan
menyempurnakan impianmu
di bawah langit biru
dan tanah gembur bumi
merdeka.

Biar perjuangan dan
pengorbananmu
seperti Kanang Anak Langau.
Kerana di dunia merdeka ini
Kanang adalah anak teladan
perajuit bangsa
pahlawan Malaysia
pahlawan anak segala bangsa.

7 Julai 2013
Kota Kinabalu

**Antologi Titisan Darah Kanang terbit oleh DBP KL, 2013

No comments:

Post a Comment