Friday, 26 July 2013

Bual Bulan Ramadan

Aku turun ke kotaraya
terlalu percaya
disebalik rimbun batu itu tentu ada
rahsia yang membawa gilapan
sebuah impian.
Ketika berada di samuderamu
aku melihat kau tak tentu rasa
dan pukul mundur dari ribut angin 
mengharapkan
gelombang membawamu ke
pulau teduh.
Kata-katamu kembang layu
kau mengharapkan rembulan
dan tanpa sedar
kau telah membuangkan 
benih perjuangan suatu pengorbanan.
Perbualan pun mendatar
aku ingin menyelesaikan saja
pertemuan ini.
Di kotaraya ini malam menjadi panjang