Tuesday 19 January 2016

Tenggeling (Cemar)*(HE)(Terbit)

Hari itu langit bagaikan berkabung
seperti mengirimkan isyarat padamu
rimba pun diam bukan kerana takut
ada sesuatu yang tak beres di sini.

Di angkasa burung-burung telah menerima
isyarat supaya peribumi sedar tentang bumi
perlindungan pada lautnya dari petualang
peka tiap gerak pemburu haram di rimba raya.

Kejahatan pada rimba telah lama diperlakukan begini
tiap hari rimba dan lautmu kehilangan yang berharga
dalam kegelapan malam dan siang telah menjadi saksi
di laut terapung kau lihat bangkai beruang, penyu dan yu.

Bumi, kau telah lama berdiam diri dan menutup mata
kita pun terlambat mengangkat kepala dan bersuara
melihat Tenggeling korban ribuan dan dagangan haram
di langit terbuka mereka tertangkap di perairan lautmu.

Rimba raya,  kau lihat sendiri bagaimana Tenggeling
mangsa serakah di tangan-tangan pemburu haram
tanpa wajah berkeliaran di rimba rayamu berburu
tak peduli dan bertindak sesukanya tanpa sempadan.

*Tersiar Di Harian Ekspress 31 Januari 2016




No comments:

Post a Comment