Tuesday 19 January 2016

Menumpas Kekerasan (ISIS)

Kau telah memilih kekerasan untuk mencapai maksudmu
maut berjatuhan di tanah peribumi kerana tindakan gilamu
mendekatmu kepada Yang Empunya Langit dan Bumi
kau adalah kepala angin yang akan mereda akhirnya.

Ketika kau meniup api dendam di rantau bumi
hujan samawi turun membawa khabar gembira
kasih-sayang, senjata yang menundukkan kalbu
dan ini pasti membawa kemenangan dan harapan.

Kau tak akan menimbulkan sedikit pun ketakutan
yang kau lakukan itu hanya akan membangkitkan
reaksi yang bertantangan dari yang kau harapkan
dan sedikitpun tak ada ruang untukmu berpijak.

Kekerasan akan tumpas dan keamanan akan berkibar
suaramu  akan terhenti di tengah jalan kekalahan penuh
kerana  perang dan kezaliman tak akan menyelamatkan
kemanusiaan sejagat dan bumi leluhur yang tercinta.

No comments:

Post a Comment