Tuesday 19 January 2016

Purnama Dalam Sukmamu (Cemar)

Di bumi negeri  rimba raya langit junjungan
hujan Khatulistiwa, laut, sungai yang mengalir
angin gunung, pantai impian, kembang bunga
pulau penyair, lembah rimbunan hijau, pesisir,
banjaran Crocker yang anggun, bintang malam,
Kinabalu, dan tanah peribumi menawan kalbu.

Habitat, hewan liarmu unggul dan istimewa
flora fauna tumbuh subur di tanah peribumi
kami akan ingat semua ini anugerah-Mu
dan anak peribumi tak akan membiarkan 
bumi samawi ini dicerobohi dan musnah.

Kuulang kalimat ini supaya kau ingat
ia telah tumbuh dalam tanah sukmamu
dalam mimpimu malam hari kau tak
akan lupa kerana di sini tanggungjawab
pada pundakmu, bumi leluhur ini bukan
sarang pasar gelap dan pemburu haram.

Tiap pokok dan banjaran gunungmu
kami telah mengenggam hak kami
rimba, hewan, laut, pulau dan sungai
burung-burung terbang di langitmu.
Suara ini bergema mengingatkanmu
penceroboh dan pemburu haram, kamu
tak merampaskan apa yang kami cintai,
warisan tanah leluhur, tanah peribumi.




No comments:

Post a Comment