Wednesday 20 January 2016

Kampar 1 (Lanskap)

Kampar, mulai dari Kedai Sederet Atap
mengumpul pendatang turun berdagang
dalam takaran waktu kau bertukar wajah
dari Batang Tonggang menjadi bandar jaya.

Dari zaman silam kau telah menerima tamu
pedagang yang ulang-alik dari tanah seberang
ke pesisir muara dan mudik ke hlir sungai
lalu  tumbuh desa-desa murni di bumimu.

Jong belayar sarat memuat dagangan
hubungan kasih dan rakan berniaga
hidup harmoni antara penduduk dan pendatang
kemajuan pun diraih bandarmu makmur.

Kedamaianmu kerana samawi menghulurkan
tangannya dan kau menyempurnakan janjimu
bandar yang mendahulukan persaudaraan sejagat
hidup rukun bermartabat kasih dijunjung.

*Dikirimkan kepada penulisperak@gmail.com antologi tentang bandar Perak 2016

No comments:

Post a Comment