Thursday 21 January 2016

Tak Akan Bertahan (ISIS)

Sedikitpun tak akan menukar perjalanan bangsa
kota ini tak akan merelakan perlakuan biadapmu
dan menghumban dirimu ke dalam telaga buta
sejarahmu hanya diingat seabgaai penderhaka.

Kau ingin mencipta raksasa dari kebohongan
lalu menyerang maut membuktikan kau telah
kalah kerana langkahmu telah salah dari mula
dan tiada seorang pun akan percaya padamu.

Kekerasan tak akan bertahan lama kerana
dalam perubahan waktu kau sebenarnya
kehilangan akal dan tindakanmu meliar jauh
tanpa pemimpin benar kau tak akan berjaya.

Walhasil,  kau keliru dan perbuatanmu
seperti orang gila tak ada arah dan tujuan
selain kematian, kezaliman, dan kejahatan
tindakanmu tak ada kait-mengait dengan Islam.

No comments:

Post a Comment