Tuesday 12 January 2016

Sebuah Kota (Palestine)*

Kau tidak melihat sebuah kota
melainkan runtuhan bangunan
selepas perang di kurun ini
yang hancur dan berjerubu.

Kau tidak mendengar anak-anak
bermain-main di halaman
atau menyanyi pulang dari sekolah
dan ibu menunggu di muka pintu.

Kau tidak melihat sebuah kota
lorong-lorongnya sibuk dan ramai
orang turun berbeli beli atau
bertemu kawan lama tak jumpa.

Kau tidak melihat sebuah kota
yang hidup dan bernafas
penghuninya telah pergi
mengungsi entah di mana.

Kau tidak melihat sebuah kota
maut berlinggar di udara
tiada keselamatan padamu
hak-hakmu telah dirampas.


No comments:

Post a Comment