Thursday 21 January 2016

Sipitang (Lanskap)

Sipitang, menghadap laut Pulau Labuan
tamu hujung minggu peribumimu turun
menjual hasil kebun dan ada datang berbelanja
bandar persinggahan jalan ke Sarawak dan Brunei.

Ikan tangkapan baru dijual di pasar
di sini pelbagai bangsa dan suku
pendatang dan peribumi mengadu nasib
tawar-menawar sambil gelak ketawa.

Kapal berangkat menuju Labuan
penumpang cemas waktu bertolak
Bus pula jalan dahulu ke KK atau ke Lawas
setelah berbelanja sehari suntuk.

Bandarmu penuh juadah kuih-muih
jelurut dan kelupis dijual di pasar tamu
sati Sipitang memang terkenal enak
buah Bambangan pula dicari orang.

Kalau kau pergi ke selatan
singgah di Sipitang duduk di Masapol
lalu Palakat bertemu saudara
Indahnya sebuah bandar keramahan peribuminya






No comments:

Post a Comment