Wednesday 20 January 2016

Kampar 11 (Lanskap)

Kampar, bandar dagang yang makmur
usianya lebih dari sekurun, sejarahnya jaya
hidup toleransi dan menghormati satu sama lain
peribumi dan pendatang saling memberi dan terima.

Para pedagang datang dari negeri seberang
lombongmu  mendorong pendatang bermimpi purnama
di tanah leluhur ini bersemi cinta dan kerinduan
lalu kerukunan bangsa telah melahirkan kepercayaan.

Kemajuan bandarmu memberi nadi pada bandar keliling
Kampar akan hidup ratusan tahun akan datang
dari mula di situ ada keyakinan yang tak akan guyang
adalah kunci kejayaan Kampar kemenangan yang tulus.

Kerana dalam dirimu ada perjuangan yang tak mengenal
lelah dan tak akan menyerah pada tangan-tangan yang kasar
yang melupai sejarah dan musuh-musuh yang bertopeng
menghadang kemajuan dan pembangunan bangsa.

*Dikirimkan kepada penulisperak@gmail.com antologi tentang bandar Perak 2016

No comments:

Post a Comment