Tuesday 19 January 2016

Kau Tak Akan Menang (ISIS)

Aku telah membaca gerakmu
kalau ini kau katakan keberanian
sebenarnya bukan, keberanian,
datang suatu siang dengan mata gelap
lalu meletupkan bom di kelayak ramai.

Inikah kau katakan keberanian
dari mula kau memang telah salah
niatmu bangkai yang membusuk
memilih jalan singkat menzalimi diri
dan wajah-wajah peribumi nadi
tanah leluhur.

Tak ada kedamaian dalam sukmamu
hidupmu sebenarnya majnun
yang berjalan dalam gelap-gulita
seperti serigala yang lapar
mimpimu adalah mimp buruk
di malam derhaka.

Kalau ini pilihanmu, sebenarnya kau
memilih yang salah, penjenayah sadis
kehilangan arah dan kepimpinan yang
lupa pada jalan pulang.

Tak ada yang dapat kau banggakan
selain laknat dan ketololanmu yang
tak berpijak di bumi dan kehilangan
langitmu.

Kau hanya melawan angin
pada akhirnya kau golongan yang kalah
dan ketakutan yang ingin kau
lantak di dinding sukma anak peribumi
tak akan merubah sedikitpun
kerana keyakinan tak akan kau dapat
ganggu-gugat, kasih-sayang dan cinta
akan menambat kalbu hingga akhir kalam.

No comments:

Post a Comment