Friday 25 March 2016

Terorisme Bukan Agama* (ISIS)

Terorisme tak ada hubungan dengan agama
kau tak ingin dikaitkan dengan IS atau ISIS
kerana budaya bukan mengajar kekerasan
derhaka pada negara dan melakukan kezaliman.

Kau memang perlu diingatkan berulang kali
supaya kau tak akan mudah menjadi mangsa
seteru kegelapan yang memusnahkan bangsa
menggunakan agama mencapai maksudnya.

Tidak pernah terlintas dalam fikiranmu
membunuh kejam dan merampas hak asasimu
mencipta huru-hara, melakukan pembunuhan
dan maut tercium di mana-mana ISIS berada.

Jangan biarkan ISIS memusnahkan kedamaian
ketenangan bumimu dan menumpahkan darah
menuntut pada dunia versi Islamnya yang benar
Islam sejati mengajarkanmu kedamaian abadi.

No comments:

Post a Comment