Saturday 26 March 2016

Bersatu Menentang ISIS dan Golongan Teroris* (ISIS)

Solidaritas dengan rakyat Belgium dan Kerajaan
tindakan golongan teroris tak akan sukses membuat
hura-hara dan memusnahkan kedamaian negara
akan menemui kekalahan kerana massa bangkit.

Teroris tak punya agama dan ISIS golongan teroris
kemampuannya tak seperti yang kita bayangkan
ketika kesatuan bangsa dan pelbagai golongan agama
bersatu memusnahkan golongan eksterimis dan teroris.

Kekerasan teroris tak akan menakutkan massa
kejahatan huru-hara itu kembali kepadanya
tiada yang ingin bersekutu dengan  ISIS kerana
siasahnya adalah kezaliman dan kematian.

Atas nama keamanan dunia sejagat kita
tak akan membiarkan teror dan ISIS sukses
dan kita pencinta kedamaian bersatu dan bersuara
menentang segala bentuk keganasan dan kezaliman.

No comments:

Post a Comment