Wednesday 23 March 2016

Melangkah Ke Negeri Tak Pasti*(Syria)


Ke mana pun mata memandang wajah-wajahmu
bertebaran di tanah daratan, lautan dan kepulauan
penampilanmu dalam khemah-khemah pelarian
kau menemui jalan mati dan jiwa yang terlantar.

Lagumu tak semerdu dulu suaramu sakit
tiap siang kau menunggu datangnya bantuan
khemahmu di lereng bukit di hujung jalan
jarang orang singgah kerana jauh dan sukar.

Menjelang musim gugur salji turun
tahun ini kau masih berharap dan bermimpi
ternyata keluargamu akan berada di situ
satu dekad yang panjang dan menyeramkan.

Tiap hari dibuka khemah-khemah baru
pengungsi masih berdatangan dari segala penjuru
cahaya dalam kalbunya telah lama padam
kakinya masih ingin melangkah ke negeri tak pasti.



No comments:

Post a Comment