Wednesday 9 March 2016

Gema Air (Ketuhanan)*

Bicaramu bergema di celah-celah batu bukit
melintasi sempadan ceruk rantau tanah asing
tak ada kelembutan dan kasih-sayang pada
suaranya keras dan senang memberi hukum.

Malammu dalam igau gundah yang panjang
kata-kata telah meluncur dari jiwamu takabur
gema air mengalir menyejukkan kalbumu
ketenangan pada rimbamu kerana hujan turun.

Kesabaranmu telah membuka pintu rahmat
lautmu tenang mengirim angin sejuk dan
kembaramu telah melewati zaman gerhana
doa-doamu terucap sebagai musafir pulang.

Kau meraih gurub Illahi dengan tawajuh
buruj-buruj miraj telah hilang ketika senja
ketika kau merindukan gema air dari samawi
hujan turun membasahi tanah-tanah kering.








No comments:

Post a Comment