Saturday 12 March 2016

Musim Panas Khatulistiwa (Cemar)*(UB)

Hujan masih ditunggu belum datang
sungai mula mengalir kering
udara jerebu berlinggar di udara
tidur malammu gundah hingga jauh malam.

Di pinggir laut penyu mengakhiri hidup
walaupun telah dilarang ikan yu
masih diburu kerana siripnya
hutanmu masih idaman tak sudah.

Kau mangsa yang terkorban di tengah jalan
bilanganmu bertambah kecil dan pupus
sepak terjangmu di hutan gerhana
pemburu haram masih memasang perangkap.

Pada langit kau menitipkan harapan
di tanah peribumi kau tak berhenti
mengutip bintang-bintang malam
dan menggali bumimu sampai ke pusara.

Kota Kinabalu
2014

*Disiarkan di Utusan Borneo 31 July 2016

No comments:

Post a Comment