Tuesday, 15 March 2016

Ishla Sejati (Ketuhanan)*

Kau telah bersujud dengan kerendahan hati
sejak itu perubahan suci dalam kalbumu
doa-doamu dilafazkan dengan lemah lembut
penuh istiqamah dan kesabaran penuh tawajuh.

Doa-doa khazanah yang kau wariskan ini
cahaya samawi yang tak akan pernah pudar
Al Qur'an, hidup dalam darahmu mengalir
kebenaran hakiki sampai ke pintu akhir zaman.

Rahsia kebenaran syafaatmu telah tersingkap
khabar kedamaian itu tak akan dapat dikalahkan
kalimat tauhid berkibar di langit cakerawala
tiada kesombongan dan takabur dalam dirimu.

Muhammad, Rasulullah, sumber inspirasi berzaman
kasihmu telah menawan kekerasan dan memusnahkan
tuhan-tuhan kepalsuan, kebohongan dan takabur
semangat ishla telah menghalau keributan dan kegelapan.

Kemenangan dan perubahan suci dalam dirimu
telah membuka pintu maghfirat dan keagungan-Mu
tazkirah yang terkumpul dari halaman ke halaman
hidup tawajuh pengorbanan abadi jiwa tenteram.