Thursday, 24 March 2016

Kegilaan ISIS* (ISIS)

Sayang kau mempersendakan agama di tanganmu
suaramu lantang ingin meraih sempadan dan pengaruh
kau berselindung seperti orang yang mengamok berlari
dengan grenade dan senjata mengancam penduduk.

Bicaramu masih seperti orang gila merayau ke sana sini
membuat teror dan keganasanmu mencerminkan kekerasan
ketika kau menghukum dengan kezaliman dan mendera
semua golongan dengan penyataan perang dan maut.

Kelakuanmu bukan seruan kedamaian dan kasih sayang
perjuanganmu kehilangan landasan dan arah tuju
jelas ini bukan seruan ajaran Islam sejati dan benar
dalam takaran waktu ummah sendiri menolakmu.

Impianmu hanggus menjadi debu yang bertebaran
kerana samawi tak akan membenarkan kegilaan ini
menconteng Islam yang akan membangkitkan
kemarahan massa dan mengalahkanmu di medan sendiri.