Sunday, 20 March 2016

Kelembutan Dan Kasih Sayang* (ISIS)

Ketika kekejaman senjata mendiamkan lawan
bau busuk mayat menyelubungi udaramu
alammu dipaksakan menerima kezaliman
mendengar gema kesakitan di malam khianat.

Tiada kasih sayang yang terucap ketika amarah
pada puncak dan perintah menghukum telah
dikerah dan yang menerima perintah melakukan
atas perintah melaksanakanya sekalipun kejam.

Golongan bermusuhan turun dengan petir dan kilat
musnahkan segala yang menghalang kemenangan
tembak dan bom, ganyang sepuasnya kerana ini
menghancur luluh musuh dan lumat menjadi tanah.

Tapi yang diserang bertahan ada ruang bergerak
membalas dengan menyembur api dendam kesumat
sampai hanggus dan menjadi debu demi namanya
kemenangan dari ibu segala peperangan dahsyat.

Dalam kemelut lingkaran syaitan yang kacau
kau berdoa terbuka pintu membiarkan cahaya
kedamaian masuk dan menyerap kegelapan itu
meletakkan kembali kelembutan dan kasih sayang.