Thursday, 24 March 2016

Kau Tak Akan Membiarkan ISIS* (ISIS)

Isis telah mencabar dunia secara terang
ruang ia bergerak masih banyak terbuka
dalam porak poranda Isis telah mencipta
langit dan buminya dan kubu pentingnya.

Kekayaan minyak telah dirampas di siang hari
kekuasaan Barat dan Timur ada agenda beza
dunia perlu kesatuan mengalahkan ISIS di medan
demi kedamaian dunia dan kelangsungan hidup.

Dunia sekarang dalam kanca perang dahsyat
kita telah melangkah ke dalamnya tanpa sedar
peradaban manusia tumbang di depan matamu
kemusnahan di muka bumi tak dapat dibayangkan.

Kalau kau tak ingin terpedaya siasah ISIS
kau tak akan buat rundingan terbuka dan rahsia
ternyata ia dalam kegelapan panjang merugi
usah biarkannya merompak kedamaianmu.