Sunday 27 March 2016

ISIS Dan DAESH* (ISIS)

Dalam menentang keganasan dan militansi
kesedaran negara bangsa menolak apapun
ada hubungan dengan kekerasan dan maut
dunia cinta kedamaian harus bangkit bersatu.

Suara kita harus jelas dan terang ISIS dan Daesh
golongan militan dan penganas ingin menghapus
tamadun manusia dengan kebencian dan perang
tak ada cinta dalam perbuatan dan tindakan mereka.

Di bumi peribumi yang kita cintai dan sayangkan
ISIS dan Daesh tak akan dapat menawanmu
Kerana kau telah sedar dari mula kebohongan
dan tipu muslihatnya sama sekali keliru.

Ya Rabbi, kejahatan-kejahatan ISIS dan Daesh
pembunuhan massa dan kezaliman dan siksaan
tak akan dapat kita bayangkan dan terima akal sihat
kita mengutuk sekerasnya demi kedamaian berbangsa.

No comments:

Post a Comment