Monday, 14 March 2016

Kembali Pada-Mu (Ketuhanan)*

Aku kembali pada-Mu
dalam ketohoran fikir
kelemahan terhampar
musafir duduk berteduh.

Suara hati terus bergema
tazkirah di malam purnama
jerubu perang bertebaran
harapanmu jadi burung.

Air samawi menitis
lalu aku beristighafar
mengetuk pintu-Mu
tahajud malam tawajud.

Mengulang kasih padamu
salam dan salawat terucap
kalimat tauhid yang abadi
di situ kau temui syafaat.

Tanpa rahmat-Mu
aku kehilangan arah
kelembutan dan sabar
samawi membuka pintu.