Tuesday 15 March 2016

Gajah Pigmi Sabah (Cemar)*

Aku tak ingin kehilanganmu
rimba raya ini kau dilahirkan
gema suaramu meramaikan
tiap pelosok di tanah peribumi.

Gajah Pigmi Sabah, hewan warisan
diperturunkan pada generasi mendatang
di bumi peribumi ini kau tak akan
didera dan terhukum.

Aku akan terus mengingatkanmu
bangkitkan kesedaranmu dan kasih
pada gajah-gajah kesayanganmu
selamat dan berkembang biak.

Jauhkan mimpi buruk  kerana
kelalaian hingga tak sedar
Gajah Pigmimu telah pupus
di rimba raya tanah peribumi.

No comments:

Post a Comment