Thursday, 24 March 2016

ISIS Hilang Arah*(ISIS)

Kehadiran ISIS telah memburukkan keadaan ummah
langit suram dan mendung panjang di atas kepala
kegelapan yang diciptakan memusnahkan impian
bermaharaja lela dengan kekerasan dan kezaliman.

Kau inginkan sebuah negara Islam versimu
penuh komplot dan pertumpahan darah
khilafat yang kau gemburkan itu tiada lain
hanya seorang diktator korup bertopeng agama.

Ke mana kau pergi maut menjadi bayang-bayangmu
mencipta huru-hara dan inferno zaman pertengahan
perlakuan sadis dan penderaan pada semua golongan
memecah belah ummah demi siasah licikmu.

Islam murni mengajarmu kedamaian negara bangsa
bukan semusim atau satu penggal, atau lima tahun
amanat ini anugerah dari samawi melindungi ummah
kemenangan kebenaran atas kebohongan dan kesombongan.