Saturday 13 October 2012

Surat Beranak (Anak-anak)

Suatu waktu aku kehilanganmu
tapi, diketemukan kembali
tersisip antara gumpalan
pakaian dalam beg.

Aku selalu diperingatkan
menyimpannya
kerana ia berharga
seperti longgokan emas
walaupun ia sekeping
kertas.

Tanpamu
aku dianggap orang asing
mungkin pendatang
haram di bumi sendiri.

Kerana itu
mak menyarung plastik
dan menjahit empat
penjuru dengan benang.

Hari itu, aku
hilang i/c dan passport
menjadi
manusia tanpa negara.

Anak jiran
berhenti sekolah kerana
tanpa surat dan dokumen sah
menikah pun  menjadi susah
apa lagi mencari kerja.

Mereka
masih hidup di sini!
anak-anak mereka
bermain dengan anak-anak kami
di halaman.

Katong
Singapura
14 October 2012
*AP Volume I, 2013




No comments:

Post a Comment