Friday, 19 October 2012

Panggilan* (Puisi)(Metamorposis)

Aku menulis puisi kepadamu
tidak terlalu panjang, sederhana
bait-baitnya setenang lautan
ketika purnama mendaki ke
puncak. Kukenangkanmu
kerana rindu ini melahirkan
ghairah, merapati pelabuhan
melabuh sauh. Aku berdiri dan
melangkah. Memang langit
yang dilihat. Dan ini bukan
imaginasi, realiti itu sendiri.
Kau telah memanggil berulang.
Segaja aku tak menoleh. Tapi
panggilan itu menggempur
suara hati. Semakin berat,
pun aku tetap tak menoleh.
Tiap panggilan itu, aku
mendengar bumi meratap.
Sejak masa silam ia tetap
redah menyimpan khazanah
rahsia. Antara panggilan dan
sahut ternyata kebenaran itu.
Pernah kau merasa begitu,
tersiksa mendengarkannya.
Barangkali di situ ada ketenangan
dan kedamaian yang dicari,
dari laluan simpang siur. Kini
kudatang dengan tubuh ini,
tangan terbuka dan aku tak menyesal.

Kota Kinabalu
20 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment