Monday 25 June 2012

Penyu Geochelone Abigdoni Pulau Galapagos (Hewan)


Bagaimana aku memberitakan
kepulanganmu
beritamu bukan sorak-sorai
kemenangan
pembentukan kerajaan baru
atau pengayangan sebuah negara
dan pengulingan sebuah rejim.

Di Pulau Galapagos
'Lonesome George'
sendiri menghisap
jembul udara lautan pasifik
moyang menghisab
hari mendatang
tanpa turunan.

'Lonesome George'
tenang Ahad nafasmu kendur
hubunganmu pada dunia terputus.
lalu kehilanganmu bukan
seperti bangkai hanyut
di air kabut
yang berhenti mengalir
tak mengandung berita.

Atau
seperti memilih
lagu jiwang di youtube
malam rindu-rinduan
lalu mengesat air mata
kerana jiwa pun tertekan
dan menjadi emosi.

'Lonesome George'
Pulau Galapagos
kepulanganmu
adalah berita kehilangan
berita pupus
Penyu Geochelone Abigdoni.

Canberra
25 Jun, 2012

*Lonesome George, Penyu Raksasa meninggal dunia pada 24 Jun, 2012, berusia kurang lebih 100 tahun.

No comments:

Post a Comment