Thursday 14 June 2012

Hari Bapa Buat Anis Dan Ain Sofiya (dedkasi)

Kutulis kad ini tanpa nama
ada kata-kata sederhana
dan lukisan pensil hitam
untuk ditempelkan
di papan tanda di hari bapa.

Kawan-kawan bertanya,
'mengapa gambarmu
tak punya mata.'
'Kerana aku melihatnya
tapi ia tak melihatku,'

Aku menyanyi kecil:
Kepada semua abah
enam tahun telah berlalu
banyak lagu telah kuhafal
tapi, sayang abah,
tak tinggal bersama kami
kalau tidak aku selalu
nyanyi  lagu buatmu.

Canberra
14 Jun 2012






No comments:

Post a Comment