Saturday 23 June 2012

Alzheimer's (OZ)

Selangkah lagi
menyeberangi sempadan
pemburu itu telah berhenti
mengejar dan salji turun
di pergunungan.

Ia menafsirmu
terasa payah menoleh
wajah itu tak ada rupa
teka-teki tak terjawab.

Ia tak cinta padamu
kerana esok
kau tak pernah ada
seperti orang berdiri
menunggu lampu
isyarat bertukar.

Segalanya telah
terlepas dan menjauh
selamat tinggal.

Canberra
24 Jun 2012







1 comment:

  1. Mungkin dia keliru, dan mahu menjaga perasaanmu dari lebih terluka.

    ReplyDelete