Saturday 17 December 2016

Selamat Tinggal Malam-Malam Derhaka 9Kumpulan Puisi Indah)*

Langit malam mengumpul cerita
mengirim rahsianya jauh 
di cakerawala.

Kegelisahan memburumu 
hingga ke hujung malam
ribut dari utara turun
seperti menggulung lantai bumimu.

Jalan luka dari rimba 
ke pelabuhan damai
lagu-lagu silam tertindih
pada halaman sejarahmu.

Pintu samawi telah
mengingatkan tentang
purnama pada malam.

Selamat tinggal 
malam-malam derhaka
biarkan air gunung mematikan
api permusuhan di rimba kalbumu.

Nilai
Disember 2016

*Dikirim untuk siaran KST 30 Disember 2016

No comments:

Post a Comment