Saturday 10 December 2016

Jenayah Kemanusiaan Atas Rohingya (Rohingya)*

Kami tak merelakan gelombang
jenayah kemanusiaan menghempas
daratan Nusantara dan menconteng
kedamaian bumi damai ini dan
menjadi ranjau di halaman rumah
Nusantara adalah bumi beradab
dan persaudaraan kukuh.

Ketika kamu terjebak kegilaan
para pandit di wilayah Rakhine
dan memilih jalan kekerasan
menghapuskan etnik Rohingya
Kami tak akan berdiam diri
Kami tak akan membiarkan
jenayah kemanusiaan di
bumi Nusantara.

Kerosakan dan kemusnahan
kamu timpakan kerana
ia seorang Rohingya
dan mendera siang dan malam
memburu dan membunuh
kamu tak pedulikan
kemarahan komuniti  antarabangsa.

Pemimpinmu membiarkan
kejahatan di bumi Myanmar
api terus membakar dan
mengorbankan Rohingya
dan melakukan apa saja
kegilaanmu tanpa batas adab
kemanusiaan.
Siasah burukmu tak akan
Nusantara membiarkan langitnya
tercemar dan buminya dibakar
jenayah kemanusiaan.

Nilai
Disember 2016



No comments:

Post a Comment