Tuesday 20 December 2016

Panggilan Pada Kedamaian (Syria)*

Kematian seorang duta
terakam dalam
video siaran langsung
dan pembunuhnya
maju mundur
kata-katanya retorika
lalu mengucap takbir.

Kejahatan seperti
menonton adegan film
dengan plot tragik
5 minit kemudian
ia pun terbunuh.

Kegilaan merampas
kegembiraan disember
kasih sayang masih
mahkota kemanusiaan
sejagat.

Keganasan dan kekerasan
tak akan sejalan
dengan seruan
kedamaian.

Nilai
Disember 2016







No comments:

Post a Comment