Sunday 11 December 2016

Hijrah (Rohingya)*

Tak pernah kamu mimpikan
hari ini di tanah asing terlantar
menunggu tuah dan kasih
setelah kamu bertarung meninggalkan
tanah leluhur.

Kamu memburu kerdip cahaya
perjalanan panjang tak menentu
merangkak dalam kegelapan pekat
dilambung gelombang mencari pelabuhan
damai.

Mereka mencipta kebencian terhadapmu
sibuk menabur fitnah dari lidah
dan amarahnya melangkah langit
tak berhenti, impian jahatnya terus
menghukum dan memimpikan syurga.

Di tanah penungguan
kamu berdoa sebagai golongan
yang dizalimi
ketika kamu memilih jalan ini
kerana keselamatanmu tak terjamin
di tanah leluhur.

Nilai
Disember 2016

No comments:

Post a Comment