Sunday 11 December 2016

Lafazkan (Kumpulan Puisi Indah)*

Lafazkan kerana kata-kata tak pernah
melukai yang mendengarkannya
ia begitu lunak dan menggetarkan
kalbu yang ingin  mendengar.

Suaramu hidup abadi seperti air
pelepas dahaga dalam musim kering
perubahan musim ada syafaat
pada musafir pulang ke riba-Mu.

Samawi menurunkan kasih
pada bumi yang ketandusan
panah-panah malam hadir
dalam tiap kata-kata.

Tiap pendakian pada gunung bertahan
menyingkap pengorbanan silam
kebenaran kata-katamu tak akan
musnah dan hanggus dimakan waktu.

Nilai
Disember 2016



No comments:

Post a Comment