Saturday 31 December 2016

Menyingkap Rahsia Malam (Kumpulan Puisi Indah)*

Aku merenung
mimpi-mimpi yang menyingkap
rahsia di dinding waktu

pada firasat yang menyentik
harapan
kedamaian sebuah impian
teruji ketika malam beralih.

Aku pasrah pada kata-kata-Mu
menyerap cahaya pada kalbu
sampai pada urat-urat serambi
semua indera dan sekeliling.

Langkah dan firasat menyatu
kasih seribu daya
membaca malam
hadirnya samawi
nikmatnya ibadah
manisnya pengorbanan
dalam takaran waktu.

Nilai
Disember 2016






No comments:

Post a Comment