Monday 10 August 2015

Pemukim Di Hujung Malam* (Ketuhanan)

Kau pernah berjanji membawa hujan ke pesisir
rimba raya, banjaran gunung dan sungaimu
rahsia malam turun bersama hujan mengalir jauh
bualmu yang melekat pada batu-batu dan tebing.

Sebenarnya suara itu dari masa silam menitis
dalam gua sukma membina kolam kenangan
kedamaian seperti genang air bergetar ramah
lalu tenang sampai suatu detik yang lain pula.

Tiap pohon berperanan sendiri dalam terompah waktu
kekuatan akar menentukan perjalanan pohon kehidupan
kerana ketika ia sihat maka kau akan melihat pohon
rendang berdaun lebar, berbunga dan berbuah manis.

Kehadiran matari tak pernah mungkir pada janji
kecuali awan mendung membawa isyarat hari itu
hujan akan turun dan menjadi banjir merempuh
bumimu ketika pemukim masih lena di hujung malam.

*Dkirimkan ke DS 16 August 2015

No comments:

Post a Comment