Monday 10 August 2015

Aman Dan Harmoni* (Merdeka)

Permainan apakah ini ketika aku datang padamu
melangkahi sempadanmu dan beramah-tamah
lalu di ruang sederhana ini kami berzikirullah
tanpa mengganggumu apalagi melanggar adat tradisimu.

Mengapa kau menjadi amarah dan berpaling
di bawah langit damai di tanah peribumimu
kita meletakkan harapan persaudaraan sejagat
kekerasan itu bukan pilihan kita bersama.

Kita akur menolak kekejaman dan kebiadapan
kelangsungan hidup yang aman dan harmoni
kau dan aku bisa berunding tanpa kegilaan
ruang ini ada hak Tuhan dan ada hak manusia.

Ketika kau melangkah sempadan dan masuk
aku tak akan memaksamu apa lagi melarangmu
kerana pintu masuk dan keluar senantiasa terbuka
tiada sesiapa merasa dipinggirkan atau dikhianat.

*Dikirim ke DS 16 August 2015

No comments:

Post a Comment