Sunday 16 August 2015

Cecil(Singa), Puisi Mengenangmu (Cemar)*

Cecil, kutulis puisi ini kalbu redup
kerana aku masih mengenangkanmu
dan kau telah tiada untuk membaca
apa yang tertulis dan aku rasakan.

Kematian seperti mengejutkan bumi
kepedihan dan kesakitanmu berkurun
kejahatan manusiawi terkubur dalam
jerebu kecerdikan dan kebodohan.

Di suatu siang yang longlai dan rawan
kau datang dalam satu gerombolan
mencium bau mangsa pada mata angin
atau menjejaki tapak kaki Cecil.

Walter, pemburu dengan anak panah
memang pembohong yang dicurigai
nama dan dirinya telah dicari sampai
lubang cacing tempat ia bersembunyi.

Kebelakangan ini tidur Walter gundah
seperti berada dalam inferno membakar
mimpi ngeri terus memburu diri Walter
kematian Cecil, langit sirkah penuh amarah.

Anak panah Walter menembusi tubuhmu
ia puas seperti telah memenangi tropi
lalu Walter melepaskan das tembakan
menghabiskan hidup singa kesayangan.

Walter menjadi pengungsi malam
pembunuh Cecil yang dikejar-kejar
ia cuba bersembunyi di malam hitam
gunung rimba telah henti bersekutu.

*Dikirimkan pada Harian Express 11 Novmber 2015


No comments:

Post a Comment