Monday 24 August 2015

Merdeka Jiwa Merdeka (Kemerdekaan) (UB)(Terbit)

Dalam Jiwa Merdeka ada ingatan kau pada rimba raya
gemuruh lautmu dari cemar dan petualang samudera
kerana terlalai hilang dalam tanganmu di depan matamu
ketika tersentak sedar ia telah pupus di tanah peribumi.

Kemerdekaan ini adalah rahmat turun-temurun
langit saksi, di tanganmu amanat telah diserahkan
kau tak akan sendiri ketika kau diterjah dan didorong
lalu mereka pula menumpahkan dawat ke langitmu.

Ketika kau telah melihat rimba rayamu musnah hanggus
kau tak akan melihat saja tanpa datang sebagai pelindung
ketika kau melihat hidupan liarmu didera dan dizalimi
lakukanlah kebijaksanaan menyedarkan warga peribumi.

Jiwa Merdeka padamu pelindungan tiap sukma
kemenangan ke atas kebohongan yang merugikan
perjuangan membuka pintu-pintu kebenaran yang nyata
memberikan harapan pada tanah peribumi dan warganya.


*Tersiar Di Utusan Borneo 6 September 2015


No comments:

Post a Comment