This collection of poetry is the work of Sabahuddin Senin. All the poems are copyright of the poet. Any publication must get permission from the poet. Most of the poems are written in the Malay language. Sabahuddin Senin is a writer from East Malaysia, Sabah.He studied at the Universiti Sains Malaysia, Penang, NIDA, University New South Wales and the Australian National University, Canberra. He spends most of his time in Malaysia, Australia and Solomon Islands. 13th April, 2011
Saturday, 14 September 2013
Tanah (Kemerdekaan)
Bila api telah menyala membesar
memang sukar akan memadamkan
jika ada perbalahan dalam keluarga
kalau tidak dipadamkan cepat-cepat
merebak sampai generasi penerus.
Sumpah seranah telah masuk pula
dalam sukma percakapan harian
gempanya melahirkan hujan jerebu
musnah sebuah harapan dan
kasih sayang pada sebuah hutan.
Tiap isu ada permulaan dan ada
sebab dan berakhir dengan dendam.
Keluarga adalah pertalian darah
sepatutnya mudah diajak berunding.
kerana pada hakikatnya pergaduhan
seperti Kemarau bertahun-tahun.
Membiarkan bererti, dendam.
Tanah, hak waris turun-temurun.
Tanah pusaka jangan dijual
nanti jatuh di tangan orang lain.
Soal tanah bukan perkara kecil
Soal tanah soal hidup dan mati.
Kerana tanah persaudaraan putus.
Pihak satu menguasai yang lain
Hak Saudara diketepikan kerana
tanah sejengkal seribu malam tak
akan membuat malammu tenang.
Ketika kau meletakkan kepalamu
di atas bantal, kalajengking, lipan,
ular dan kerengga mendatangimu
tenggorak kepala dan sukmamu.
Jangan tanah sejengkal musuh
sampai ke anak cucu.
Kota Kinabalu
September 2013
*Antologi Langit Sukma Di Malam Kemerdekaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment