Monday, 9 September 2013

Pulau Mengalum (Lanskap)

Matari Khatulistiwa dalam
berubah musim
kau, pulau di permukaan
Lautan China Selatan
ketika gelombangmu buas
menghempas, angin ribut
bertiup kencang ke tulang
punggung, kau bertahan
kerana Pulau Mengalum
telah di situ, sejak silam.

Pulau Mengalum, dalam
musim apapun ia selalu
di sini. Lambaian tanah
daratan memanggilmu
pulang bagai anak perantau.

Anak bulan, tergantung
di langit malam, Pulau
Mengalum bagai anak
yang terpaksa dipisahkan
dari pemergian seorang
ibu, dari tanah seberang.

Kota Kinabalu
9 September 2013