Tuesday 10 September 2013

Musim Menghalau Lalat (Malaysia)

Sekarang datang
musim menghalau lalat
orang menimbun sampah
di merata tempat.

Di ruang makan lalat
masuk dari jendela terbuka
dan pintu, lalu hinggap pada
hidangan di atas meja.

Ketenteraman Tuan Rumah
telah lama terganggu.
Kini mereka menghukum
menyerang dan membunuh
kerana lalat, binatang kotor.
Di udara mereka menyembur
racun, kemarahan tanpa ampun.

Dicari pelbagai cara
lalu membakar sarang lalat
dan menghentikan
lalat bersarang di atas tanah
membuangnya ke laut jauh.

Kota Kinabalu
11 September 2013



No comments:

Post a Comment