Friday 2 August 2013

Salam Orang Kecil Buat Wakil Rakyat

Aku memanggilmu kerana
kita sepatutnya dekat tanpa
ruang memisahkan.

Bahasaku adalah bahasa santun
bukan bahasa dewata
dan bukan bahasa halilintar
aku memanggilmu
bukan sekali tapi
gema suara ini menghilang
di hujung lembah tanpa
balasan.

Sekalipun begitu aku masih
tetap memanggilmu kerana
teringin ketemu.

Kau bertanya bagaimana
ditemukan nombor ini
sedang aku cuba menjelaskan
mengapa aku memanggilmu?

Aku jadi pemalu
kerana aku dilahirkan sebagai
anak Melayu yang beradat
dan bersopan santun.

Kota Kinabalu
2 Ogos 2013

*dikirimkan kepada Qomaruddin Sa'ada untuk projek bertemakan Wakil Rakyat.


No comments:

Post a Comment