Thursday 7 April 2011

Unggu* (Cinta)

Tidurlah sayang, kutitip purnama dalam mimpimu
pancang kata-kataku memagari kerinduan yang kental
malaikat turun tamu yang membawa khabar
salam kurnia lembah hijau musim bunga.
Aku terus menenun doa kain sutera sulaman
dipilih warna unggu kerana aku mencintaimu
laut kami dipertemukan rembulan tergoda
pada sapuan langit biru dua hati bersujud.
Di lapangan ini kubuat tenda dari malam tafakur
dalam sunyi lapisan itu tersingkap satu demi satu
aku pun tak sendirian derap langkahku pasti
pesisir pohon kelapa, tenang laut biru, pantai pasir putih.

6 April 2011

No comments:

Post a Comment