Thursday 14 April 2011

Tamsil*(ITBM)

Tidurlah lelapkan mata
rayaumu dibawa pulang
mari, berlabuh dalam mimpi.
Rapatkan pintu supaya
benci terkurung di luar
musuh mencari sekutu.
Pada tembuk sudah dibina
buatlah pintu kerana
ia pemisah, kami dan mereka.
Silakan masuk, pintu terbuka
ia tidak bosan mencarimu
sekalipun menjelang senja kautiba.
Di sini pula sudah lama
pintu itu terkunci
tiada pula tamu datang.
Air bening menjadi salji  cair
dari pintu masuk ke dalam
benar, kata musafir itu.
Penyelam itu sampai ke dasar
ada rahsia belum tersingkap
sabarlah kau mesti puas.
Perampuan itu mengingatkan
ada khazana belum terambil
semakin hari ia dilupakan.
Doa bintang-bintang
di pohon bergayutan
diketuk pintu marifat.

Canberra
15 April 2011

*ITBM Jun 2015

No comments:

Post a Comment