Sunday 17 April 2011

Penjual Kuih (Malaysia)

Ada dua, gadis kecil dan wanita bertudung mengucapkan salam
secebis pagi di ambang pintu, udara mundar-mandir menyapa salam
mereka sopan, santun bahasanya, aku pun bertanya kerana rindu
mata kepingin salam terjawab anugerah murni yang terucap
maaf bang tangan kiri, menyerahkan kuih sekali dengan hati mereka
salam datang salam pergi, bawalah aku biar hadir pada tiap salammu.

Kota Kinabalu
18 April 2011

No comments:

Post a Comment