Monday 27 July 2015

Orang Utan Tanah Peribumi (Cemar)*

Keperihanmu telah berakhir suatu siang
berpulang orang utan di tanah peribumi
lukanya terlalu parah telah membawa maut
kezaliman dari tangan kasar tak berbudaya.

Ketika malam tiba kau mengerang sakit
penderaan seluruh tubuhmu cukup menyiksa
gema suaramu telah didengar oleh rimba raya
tanah di telapak kaki meraung dari titis darahmu.

Kau mencium bau rimbamu kali terakhir
kerana kau tak akan dapat bertahan lama
selamat tinggal tanah peribumi tercinta
sayangi hutan simpanan dan hewanmu.

Padamu tangan-tangan kasih-sayang
merawatku ketika aku hilang harapan
membawaku pulang dan membaca sukmaku
kebaikan dan cinta tulusmu tanpa sempadan.


*Dikirimkan ke Utusan Borneo 7 September 2015

No comments:

Post a Comment