Wednesday 1 July 2015

Badak Sumbu (Cemar)

Kau telah mendengar berita itu
supaya peduli tentang rimbamu
kerana kalau aku tak sampaikan
kau pun tak akan ingat pesan ini.

Di tanah peribumi kau diingatkan
memandang rimba dan langitmu
hutan kayu tumbang di depan mata
lautmu didatangi petualang malam.

Ke mana hilangnya badak sumbu
kau tunduk diam tak menjawab
hutan jati makin sunyi dan sepi
pemburu haram masih berkeliaran.

Kinabatangan, sungaimu mengalir
jauh ke dalam jantung tanah leluhur
pelindunganmu di sukma tiap peribumi
tak membiarkanmu pupus di tanah impian.










No comments:

Post a Comment